Wednesday 12 June 2013

Introduction

PURPLESTAR INDUSTRIES SDN BHD, dahulunya dikenali  sebagai 
PURPLESTAR (M) SDN BHD telah  ditubuhkan pada 24  Februari 1992
di  bawah  Akta  Syarikat 1956. Syarikat  ini  adalah milik penuh   
(100 %) Bumiputera. PURPLESTAR  INDUSTRIES SDN BHD ,merupakan 
ahli Dataran Usahawan Selangor,Dewan IKS Bumiputera  Selangor 
dan Persatuan  Pengusaha  Perabot Bumiputera  Malaysia (PETRA) .

Skop  perniagaan PURPLESTAR   INDUSTRIES SDN  BHD,  adalah 
membuat  dan  membekalkan   perabot  pejabat   untuk 
Jabatan - Jabatan Kerajaan, Institusi  Pengajian Tinggi Awam dan
 juga Sekolah  diseluruh  semenanjung  Malaysia  serta   menjadi   
perunding  bagi  rekaan  dalaman.

PURPLESTAR INDUSTRIES SDN BHD,  juga   dahulunya   merupakan 
Syarikat   anak  Payung  kepada  Guthrie Bhd  yang  berstatus 
‘ CENTRAL CONTRACT ’  yang  bertanggungjawab  membekal  
perabot  untuk  semua  Jabatan - Jabatan  Kerajaan   dan    
Sekolah. Setelah dimansuhkan kini kami  secara automatik  telah  
dilantik sebagai  Panel   Pembuat  Perabot  Kayu oleh  
Kementerian  Kewangan  Malaysia bagi  kerja - kerja  membuat,  
membekal  dan  menghantar  apa sahaja jenis perabot  yang 
berasaskan  kayu. Kami   mewakili   Zon  Tengah yang meliputi 
Selangor,    Perak, Wilayah  Persekutuan  Kuala  Lumpur   dan  
Putrajaya. 

PURPLESTAR INDUSTRIES SDN BHD  mempunyai  pelbagai rangkaian 
produk, meliputi seluruh kelengkapan perabot Pejabat Kerajaan, 
Badan - Badan Berkanun, Universiti dan Sekolah selaras dengan 
MOTTO syarikat  kami  iaitu  ‘ YOUR ONE STOP FURNITURE CENTRE’.  
Berasaskan pengalaman dan kemudahan  fasiliti  lengkap yang 
dimiliki, InsyaAllah kami  akan  memberikan  yang  terbaik   bagi  
memenuhi  segala  keperluan   dan   citarasa pelanggan yang 
sememangnya menjadi keutamaan kami.